Apa Itu Repeater..?   Leave a comment

Repeater adalah sebuah alat yang mempunyai dua port penguat isyarat. Ia digunakan untuk memanjangkan sambungan rangkaian (kabel atau Wireles ) yang melebihi dari had maksima yang dibenarkan. Kekuatan isyarat akan semakin menyusut apabila ia melalui kabel yang panjang, sekiranya ia melebihi dari had yang dibenarkan kemungkinan isyarat tersebut akan terus menyusut dan hilang. Repeater akan menerima isyarat digital dari salah satu portnya kemudian menguatkan isyarat tersebut sebelum menghantar isyarat tersebut keluar. Fungsi repeater ini sama dengan Stereo Amplifier di rumah di mana isyarat dari pemain CD, atau pemain Kaset akan memasuki amplifier, isyarat tersebut kemudian dikuatkan sebelum dihantar keluar ke pembesar suara. Fungsi repeater sebagai penguat isyarat hampir sama dengan sistem stereo di rumah .Repeater akan menguatkan dan mengulang semula apa saja isyarat yang diterima sebelum ia dihantar keluar. Repeater tidak melihat pada kualiti data sebaliknya ia hanya melihat denyut data digital secara individu dan terus menguatkannya. Ia tidak mempunyai kepintaran memilih data. Sekiranya isyarat tersebut mengandungi frame data yang tidak baik atau hingar, ia juga turut dikuatkan. Di sini ada dua frekwensi yang berbeda. Satu frekwensi untuk menerima (RX/Receive) satu lagi frekwensi untuk mengirim (TX/Transmite). Untuk itu alat yang dipakai harus mendukung 2 kedua frekwensi tersebut. Yang bisa disebut yang mempunyai fasilitas Simplex Duplex

Posted Desember 2, 2010 by tofan84 in Uncategorized

Tinggalkan komentar